Ada & Evan

Lalu, yang mengikat kita ini apa? Janji atau cinta?

9

From: ada.ke.cinta@hotmail.com

To: evanosense@gmail.com

Subject: RE: RE: RE: Hey! Hey! Hey!


TAK MAHU.

8

From: evanosense@gmail.com

To: ada.ke.cinta@hotmail.com

Subject: RE: RE: Hey! Hey! Hey!


Ada-chan,


Jom keluar untuk membincangkan isu-isu berbangkit tentang pertandingan kita ni.


Evan

7

From: ada.ke.cinta@hotmail.com

To: evanosense@gmail.com

Subject: RE: Hey! Hey! Hey!


Evan,


Ai~ Awak ni buat saya jadi lapar! Kecur air liur saya membayangkan nasi pelangi dengan daging hitam tu. Sekejap lagi, terpaksalah saya selongkar buku masakan untuk cari resipinya. Tapi sebelum tu, biar saya tulis e-mel ni untuk awak.

Awak tanya lagi soalan yang pelik, Evan. Awak ni macam budak tadika. Suka sangat bertanya itu dan ini tanpa perasaan atau ambil kira perasaan orang lain. Naif. Tak, saya tak marah. Awak hampir-hampir comel bila bertanya macam-macam. Saya tak jadi nak marah. Saya agak tersentap bila awak tanya fasal Remy lagi.

Awak nak saya jadi melankolik lagi? Ai~ Terpaksalah.... Secara jujur, saya sendiri tertanya macam mana semua tu boleh terjadi. Kalau saya tanyakan pada Remy sendiri, apakah dia akan jawab, ‘it’s not you, it’s me.’ Makanya, memang sayalah yang ada buat silap. Tapi apa kesilapan besar saya? How did it go wrong? Saya dah beritahu dulu, Remy tak balas langsung surat-surat saya. Dia tak balas pun bola yang saya kirimkan tu. Lepas tiga surat yang terakhir, kami langsung terputus hubungan. Masa saya masuk universiti, keluarga saya pindah lagi. Kali ni ke Damansara. Ibu tak nak jauh-jauh dari saya. Jadi semua kenangan lama tu dah tertinggal di Ipoh sana. Ai~ Dah lapan tahun saya tinggalkan Ipoh rupanya.

Evan, I think you’re right. Cerita saya dengan Remy belum berakhir lagi, mungkin.... Tak mudah nak lupakan cinta pertama. Saya takkan dapat lupakan Remy. Saya ingat dia sebab tiap-tiap hari saya melukis. Macam dah jadi satu kewajipan. Pernah sekali tu, Shark tanya saya, ‘Kenapa awak melukis?’ Saya terus jawab, ‘Sebab Remy.’ Muka Shark terus berubah. Mungkin Shark ingat dialah inspirasi saya selama ni. Itu pun betul juga. Tapi, abaikanlah.

Saya nak ikut contoh awak, Evan. Cerita awak dengan Alishya tu sangat comel. Boleh saya ambil buat story idea? Tapi biar saya habiskan cerita saya dengan Remy dulu. Maksud saya, saya nak cari Remy juga, macam awak cari Alishya. Okey tak? Awak rasa patut ke saya buat macam tu?

Let’s have a contest. Awak carilah Alishya. Saya akan mula menjejak Remy. Barang siapa yang bertemu dulu, dia mesti beritahu ibu bapa kedua belah pihak, yakni awak dan saya, untuk hentikan rancangan kahwin paksa ni. Sebabnya, kita dah jumpa orang yang kita nak kahwin tanpa paksa-paksa. Orang yang bertemu terkemudiannya, mestilah menyokong. Sebab dia pun dah berjumpa dengan yang dicarinya, walaupun terlambat sikit. Yang penting, kita tak dipaksa kahwin.

Eh, saya ni macam yakin sangat yang Remy akan kahwin dengan saya! Ai~ Terperasan pula.... Kalau awak jumpa Alishya pun, agak-agaknya dia masih single atau dah combo set anak lima? Yakin sangatlah kita boleh jumpa Remy/Alishya. Dalam kepala saya ni, dah ada storyline yang menunjukkan Remy dan Alishya sudah berkahwin.... O_o Sangat kebetulan! Sangat mengarut! Harap-harap mereka tak pernah bertemu. Harap-harap mereka masih single! Jadi jangan risau, imaginasi saya tengah menggelegak tadi. Imaginasi saja, ingat tu! Kita masih punya peluang dan harapan, Evan. Jangan kita berputus asa sebelum berjuang! \(^o^)/

Okey tak? Maksud saya, untuk pertandingan ni. Awak sanggup? Ini cerita cinta kita sendiri. Katakan tidak kepada kahwin paksa!


Perempuan degil,

Ada-chan~

6

From: evanosense@gmail.com

To: ada.ke.cinta@hotmail.com

Subject: Hey! Hey! Hey!



Salam,



Ada, sekarang giliran aku pula untuk sibuk! Minta ampun banyak-banyak sebab aku baru balas e-mel kau. Aku baru balik dari Pahang. Ada projek kat sana. Internet connection agak haram di situ. Dua minggu aku terputus hubungan secara elektronik. Huhu. Aku dah balik ni. Baru lepas makan nasi pelangi dengan lauk daging masak hitam yang mak masak. Mak sangat pandai memasak. Sayang mak! Huhu.

Okey, kembali ke bilik untuk bersama kau. Er, agak scandalous bunyinya. Huhu.

Okey. Serius. Aku dah buka dan baca dua e-mel kau. Sangat menarik kisah kau ni, macam dalam novel. Tapi tak dapat happy ending. Kesian. Kalau kau tulis novel tentang kisah kau ni, memang tak laku. Orang tak nak baca cerita sedih macam kau ni. Lagi kesian.

Nasib baik kau lukis manga. Sebenarnya, aku dah baca manga kau tu – PINK! Baru sampai volume 5. Kau memang pandai melukis, Ada. Cerita PINK! tu pun memang best! Tapi tolong jangan buat sad ending macam love stories kau. Janji, okey? Nanti aku akan baca manga kau yang lain-lain. Tadi aku sempat singgah BUKS. Staf kat situ kata manga kau dah out of stock. Kiranya kau ni laku juga, kan? Mesti kau famous giler! Dan dengan semangatnya aku dah special order koleksi manga kau! Yang pertamanya, I *heart* U, betul? Volume 1-13. Lepas tu Once In a Blue Moon, volume 1-13. Hikaru-san, volume 1-13. Hikayat Taman Kayangan, volume 1-36. Banyak giler!

Kau mesti belanja aku nanti! Huhu.

Which reminds me.... Bila agaknya kita nak berjumpa face-to-face? Kau nak tak? Aku bila-bila masa aja. Kalau fasal makan, aku get set, ready and go! Ah, kau sibuk, betul? Aku pun malas nak keluar. Abaikan.

Oh, aku hampir-hampir terlupa. Fasal rahsia aku yang sepatutnya aku ceritkan pada kau bila kau ceritakan love stories kau. Kau nak dengar juga ke? Huhu.

Okey, macam ni. Dulu aku pernah suka dengan seorang perempuan. Masa aku masih di tadika. Ya, dia seorang budak perempuan. Tapi masih sama spesis dengan kau, betul? Nama dia, Alishya. Dia comel. Rambut dia kerinting. Huhu. Tiap-tiap hari, kecuali Sabtu dan Ahad, aku balik tadika dengan Alishya. Kami berpimpin tangan. Masa tu kami kecil lagi, naif dan tak tahu apa-apa. Aku dengan Alishya sangat rapat. Tiap hari aku dengan Alishya balik berpimpin tangan. Aku hantar Alishya sampai rumah dia dulu. Kemudian baru aku balik. Sambil berpimpin tangan, kami menyanyi. Kadang-kadang kami tak balik terus, tapi curi-curi mandi sungai atau panjat pokok. Aku masa kecil dulu agak buas dan nakal. Huhu. Kadang-kadang kami singgah rumah kawan, main masak-masak. Er, terlepas cakap pula.... Tapi aku masih buas dan nakal. Huhu.

Okey. Aku tak tahu la kalau semua ni boleh dipanggil cinta. Aku dah kata dulu yang aku tak pernah ada girlfriend. Oleh sebab itu, aku tak tahu sama ada semua ni cinta. Aku suka Alishya. Tapi, pada satu hari tu... masa aku nak balik, aku nampak Alishya main bola dengan Jamal. Jamal ni suka buli budak-budak tadika yang lain. Aku pun pernah bergaduh dengan dia. Masa tu aku jumpa duit seringgit di tangga tadika. Jamal pun nampak. Aku kutip dan kata aku nak cari siapa-siapa yang hilang duit tu dan pulangkan. Jamal kata dia nak beri duit tu pada Cikgu Yah sebab Cikgu Yah kata kalau jumpa barang hilang, mesti serahkan pada dia dulu. Aku dengan Jamal berebut duit tu. Sampai berguling-guling atas tanah. Akhir sekali Jamal muntah sebab sebelum tu kami baru lepas minum pagi. Aku pula tak ingat apa-apa. Huhu. Aku masukkan duit tu dalam kocek sebab aku rasa duit tu aku punya. Finder’s keeper. Huhu. Aku dah kata aku ni buas dan nakal, betul?

Adoi! Dah jauh aku menyimpang ni.... Okey, kembali kepada Alisha yang sedang bermain bola dengan Jamal.

Tak tahu la kenapa tapi tiba-tiba aku rasa marah pada Alishya. Aku tengok dia seronok main dengan Jamal. Marah giler aku! Aku terus tinggalkan Alishya dengan Jamal. Aku balik rumah seorang. Dan sejak hari tu aku tak pegang tangan dengan Alishya lagi.

I think I was jealous. Ceh, kecil-kecil lagi dah pandai emo. Huhu. And so, yes, maybe it was love. Adoi! Itu cerita aku, Ada. Rahsianya? Sampai sekarang pun aku masih suka/cinta Alishya. Aku nak cari semula Alishya. Lepas kejadian aku jealous tu aku tak bercakap dengan Alishya langsung, sampai habis tadika. Lepas tadika, keluarga aku pindah ke KL. So, aku nak cari Alishya. Kau jangan beritahu mak/ayah aku, okey? Operasi ni dah bermula sejak aku di Pahang. Huhu. Will update you.

Um, aku nak tanya satu perkara. Kau tak nak tahu apa yang jadi pada Remy ke? Takkan dia putus dengan kau macam tu aja? Mesti ada sebab, betul? Pernah tak kau dapat apa-apa balasan surat dari Remy. Pernah tak kau tanya pada diri kau, what actually happened? Aku rasa cerita kau dengan Remy ni belum habis, betul? Update aku nanti, okey?

Aku nak menyelinap ke dapur untuk supper. Nasi pelangi mak ada lagi. Aku boleh panaskan lauk... bancuh sirap. LAPAR!!! Huhu! Sekian, ciao!


Evan

5

From: ada.ke.cinta@hotmail.com

To: evanosense@gmail.com

Subject: Ke hadapan Syed Evan Reza 2


Hi Evan,


^_^ Okey. Saya dah tak melankolik lagi. Saya dah okey. Awak pun tak balas emel saya. Tak ada soalan-soalan pelik yang perlu saya jawab untuk awak. Jadi saya boleh sambung cerita saya. Tentang Razak ‘Shark’ Firdaus. Shark, cinta kedua saya.

Saya kenal Shark waktu saya mulakan pengajian di Zulkarnayn. Waktu tu saya masih bersama Remy. Ala-ala jauh di mata, dekat di hati... tapi semakin terpisah. -_-“ Tahun tu tahun pertama saya di universiti dan masuk tahun kedua cinta jarak jauh dengan Remy. Ai~ cukup-cukuplah fasal Remy!

Saya ambil kursus Seni Visual. Shark pula bakal doktor. Shark ni handsome, lebih tinggi dari saya, fair-skin, muka dia licin, tak pernah tak cukur pun dan suka bercakap dengan loghat Perak. Padahal Shark ni orang Jelebu. O_o

Macam mana nama dia, dari Razak, boleh jadi Shark? Kejadian berlaku pada hari pertama orientasi. Waktu tu, sesi taklimat baru dimulakan. Satu dewan senyap. Konon-kononnya nak tumpukan perhatian. Padahal, saya rasa, satu pertiga isi dewan tu dah hanyut tertidur. Taklimatnya awal-awal pagi. Air-cond pula full-blast. Kerusi pun empuk. Apa lagi.... Tapi saya tak macam yang lain. Saya duduk di baris paling depan. Razak (sebelum jadi Shark) duduk di barisan paling belakang, tidur.

Tiba-tiba ada bunyi ringtone dengan sound effect filem Jaws. JENG! JENG! JENG! JENG! JENG! Sangat kuat! Full volume! Rupa-rupanya, waktu Razak tertidur tu, kawan-kawan dia ambil telefon Razak senyap-senyap dan naikkan volume. Lepas tu mereka buat missed call. Satu dewan terkejut. Satu dewan pusing kepala ke belakang, tengok Razak terkial-kial nak matikan telefonnya.

“Hari ni kita dapat tangkap seekor jerung,” kata senior yang sepatutnya beri taklimat tu. Satu dewan ketawa. Razak dipanggil naik ke pentas. Kata senior tu lagi, “Kalau awak terus tertidur tadi, agak-agaknya satu dewan ni boleh tenggelam dengan air liur basi awak.” Razak tak sedar yang air liurnya meleleh masa tidur tadi. Cepat-cepat dia kesat. Satu dewan kata ‘ewwww!’

Razak kena denda baca ikrar pelajar. Tapi dia buat dengan sangat baik sampai senior yang kenakan dia tadi pun respect. Berderau darah saya waktu ikut dia baca ikrar tu. Kawan-kawan dia yang sebenarnya kenakan dia pun tak sangka prank tu boleh melonjakkan nama Razak. Sejak hari tu dia jadi popular di Zulkarnayn. Orang tak tahu nama dia. Mereka panggil dia Jaws, Jerung, Leleh, Abang Ikrar etc. Yang paling popular, Shark. Semua pelajar perempuan panggil dia Shark. Agaknya sebab Shark tu lebih dekat dengan nama Razak.

Tapi Shark ni memang betul-betul jerung! Dia suka kacau perempuan. Tak kira pelajar dari kursus dia sendiri ke, kursus lain ke, bukan pelajar Zulkarnayn pun dia suka kacau. Tapi Shark cuma kacau perempuan yang tak suka dia, atau pura-pura tak suka dia. Awal-awal lagi saya tak suka dia, kecuali waktu dia baca ikrar tu. Dan saya memang betul-betul tak suka dia. Agak pelik juga sebab Shark tak kacau saya waktu tu, sepanjang tahun satu dan dua pengajian. Saya banyak dengar cerita-cerita orang aja yang dia kacau perempuan lain. Roommate saya dulu pernah terkena. Coursemate saya pun, sampai menangis, bengkak-bengkak mata. Saya masih terselamat.

Sampailah satu hari tu.... Hari yang saya putuskan untuk ‘GAME OVER’ dengan Remy. Hari saya mahu kirimkan kembali bola keranjang dia. Saya dalam perjalanan ke pejabat pos, seorang diri. Dalam perjalanan tu, saya asyik renung ‘GAME OVER’ yang saya tulis. Betul ke ini caranya? Patut ke saya buat begitu? Waktu tu saya sangat melankolik.

Dan waktu tu, entah macam mana, Shark yang entah dari mana, rampas bola tu dari tangan saya. “Takkan nak main basketball pakai baju kurung kut?” Dia tanya, ejek.

Saya tak jawab apa-apa. Saya cuba ambil balik bola tu. Shark bawa lari. Saya kejar, walaupun dengan baju kurung. Dia terkejut juga. Lepas tu dia ketawa. Macam setan! Dia bawa lari sampai masuk ke gelanggang. Saya kejar. Lepas tu dia campak bola tu, masuk, dan dia jerit, “Slamdunk!” Bola tu saya ambil semula, terus saya tuju pada Shark. BAM! Melekat tepat pada muka dia. Padan sangat dengan muka dia. Waktu tu saya dah menangis. Saya geram. Saya sakit hati. Shark buat saya teringatkan Remy. Saya dah cuba tahan perasaan tu. Tapi bila Shark sebut ‘slamdunk’....Game over,” kata saya. Shark jatuh tersungkur. Bila dia bangun, saya tengok muka dia merah. Ada darah keluar dari hidung dia. Berderau darah saya! Terus saya cabut lari. Dan hari tu juga saya kirimkan bola keranjang Remy dengan kesan darah Shark.

Selepas tu, lebih kurang seminggu, perempuan-perempuan di Zulkarnayn hidup dalam suasana aman dan harmoni. Dan sebenarnya, dalam seminggu tu juga perempuan-perempuan di Zulkarnayn tercari-cari Shark. Mereka suka sangat kena kacau dengan Shark sebenarnya. Tapi Shark hilang macam tu saja. Tak tahulah sebab apa. Saya tak kisah pun.

Seminggu selepas tu, Shark muncul semula. Zulkarnayn jadi huru-hara lagi. Dia masih kacau perempuan-perempuan lain. Kecuali saya. Saya pun sentiasa cuba elak dari dia. Tapi ada saja waktunya, yang saya akan terserempak dengan saya, dan dia akan senyum semacam dengan saya. Darah saya akan berderau naik ke muka. Saya terus lari.

Tak payah saya cerita panjang-panjang.... Akhirnya Shark kata ‘I love you’ pada saya. Macam tu aja. Waktu tu saya di perpustakaan, buat ulangkaji. Dia ke meja saya. Dia senyum dan kata, “I love you, Fatin.” Lepas tu dia pergi. Macam tu aja. Tapi bukan sekali, tapi tiap-tiap hari sejak kali pertama tu, di lain-lain situasi. Saya tak pernah balas apa-apa.

Tiga bulan dia buat macam tu, setiap hari. Sampai saya jadi rimas. Dan dia masih kacau perempuan-perempuan lain juga. Saya pun rasa yang dia sengaja buat macam tu, nak main-mainkan saya. Saya malas nak ambil tahu sangat. Akhirnya, satu hari, di perpustakaan juga, saya sedang ulangkaji dan Shark datang lagi. Sebelum dia sempat kata ‘I love you’, saya kata, “Aku akan terima kau, kalau kau berhenti kacau perempuan lain kat dunia ni.” Berderau lagi darah saya masa tu. Saya lari.

Esoknya, tak ada lagi cerita-cerita tentang Shark kacau perempuan. Bila saya ke kelas, semua perempuan pandang saya semacam. Saya tak kisah pun. Tapi Shark masih datang dan kata ‘I love you’ pada saya. Dia kacau saya lagi. Esok yang satu lagi pun, Shark tak kacau perempuan lain. Dia masih kata ‘I love you’ pada saya. Begitulah seterusnya....

Satu hari, di perpustakaan juga, Shark datang. Belum sempat dia kacau saya, saya kata, “Kau masih kacau perempuan. Aku perempuan.” Dia balas, “Kau bukan perempuan biasa. Kau Fatin yang aku cinta. I LOVE YOU, FATIN!” Dia menjerit dalam perpustakaan!

Apa yang boleh saya buat lagi? Alasan yang dia beri tu sangat bernas. Saya tak tahu nak lawan macam mana lagi. Jadi, saya terpaksa balas, “I love you too.And the rest is history. Sepanjang enam tahun tu, Shark tak pernah kacau perempuan lain lagi. Kecuali saya. Setiap hari, ada saja cara dia kacau saya. Setiap hari juga dia tak pernah lupa ucapkan ‘I love you’. Enam tahun macam tu. But it’s history now.

Evan, itulah cerita cinta saya. Awak mungkin rasa yang semuanya berlaku dengan terlalu cepat. Macam terlalu mudah untuk saya jatuh cinta. Lepas Remy, ada Shark. Dan cerita cinta saya sangat panjang dan lama. Tapi semuanya tu tak kekal. Selama bila pun saya bercinta, tak ke mana akhirnya.

Ah, tak kisahlah! Saya tak mahu jadi melankolik lagi. Tak mendatangkan faedah pun. Kerja tak jalan. Hidup pun tak ke mana. Sekarang hidup saya untuk diri saya sendiri. Yang penting, positif, usaha sungguh-sungguh dan sabar dengan apa yang dikerjakan. Tuhan dah bentangkan jalan kehidupan dan kita yang pilih untuk belok kiri atau kanan atau jalan terus atau patah balik, ikut jalan lurus atau yang bengkang-bengkok. Nanti sampai juga.

And love will find its way back to me. Insya-Allah.

Saya dah cerita kisah saya. Giliran awak pula ceritakan rahsia awak tu. Jangan mungkir janji.

Oh, saya dah ingat kriteria yang saya lupa tu. Yang e), lelaki tu mesti handsome. Tak payahlah saya nak hipokrit. Saya memang sangat suka lelaki yang handsome. Macam Remy dan Shark. Ai~

Awak balas emel saya, saya balas lagi nanti. Terima kasih.


Ada-chan~

4

From: ada.ke.cinta@hotmail.com

To: evanosense@gmail.com

Subject: Ke hadapan Syed Evan Reza



Hi Syed Evan Reza,

Terlebih dahulu, maaf kerana lambat balas emel awak. Saya dah kata yang saya memang sibuk. Saya tak sangka pula yang awak akan balas emel saya yang dulu secepat tu. Baru tadi saya check emel. Take five sekejap. Masih ada sepuluh muka surat lukisan yang mesti saya siapkan. (T.T) Tapi, nanti-nantilah.

Tak tahulah kenapa saya senang mahu bercerita dengan awak. Mungkin kerana saya dah tak ada sesiapa lagi yang boleh jadi kawan. Mungkin juga kerana saya baru lepas break-up. (@_@) I’m vulnerable. Ai~

Okey. Awak tak mahu break-up story. Awak mahu tahu my love story. Saya akan cerita tentang cinta saya yang pertama dan cinta saya yang kedua. My love stories.

Okey. Cinta saya yang pertama, namanya Remy. Kami mula-mula kenal waktu saya naik tingkatan enam. Remy senior saya. Dia tinggi. Handsome. Kulit cerah. Dia ada kumis nipis. Pakai cermin mata. Kalau dia tak pakai cermin mata, renungannya sangat menusuk kalbu. Lalu tembus ke sanubari. Boleh buat orang jatuh cinta, on the spot! Ai~ Mungkin kerana tu dia pakai cermin mata. Dia tak mahu orang jatuh cinta. Dia macam Cyclop dalam X-Men, terpaksa pakai visor supaya mata lasernya dapat dikawal. Dia tak mahu hati perempuan-perempuan hancur dengan renungan maut tu.

Tapi itulah yang terjadi pada saya. Waktu tu baru seminggu saya di sekolah tu. Saya ingat lagi. Hari tu hari Rabu. Petang tu saya baru saja selesai buat group discussion dengan teman sekelas yang lain. Dalam perjalanan balik, saya lalu gelanggang bola keranjang sekolah. Ada sekumpulan pelajar main di situ. Salah seorang yang bermain tu, Remy. Saya tak kisah pun. Saya tak minat sukan.

Tiba-tiba saya dengar ada orang berteriak, “Bola!” Saya toleh ke kanan dan nampak bola tu laju ke arah saya. \(>o<)/ Tapi saya sempat tangkap! Berderau darah saya masa tu. Tak tahulah macam mana, tapi saya campak semula bola tu. Automatically. Terus bola tu masuk ke dalam keranjangnya. I scored! O_o

Remy bersorak. Waktu tu dia tak pakai cermin mata. Dia sempat kenyit mata pada saya. Berderau lagi darah saya. Terus saya cabut lari.

Esoknya, ada sebiji bola keranjang di meja saya. Bola tu berikat reben merah. Pada bola tu, bertulis: To my Slamdunk. From Remy. Begitulah mukadimmahnya cerita saya dengan Remy. Sejak hari tu, saya dan Remy berkawan.

Remy banyak bantu saya dalam hal-hal pelajaran. Dia memang pakar Sejarah. Dia sangat pandai melukis. Remy yang timbulkan minat saya untuk mula melukis. Sebelum ni saya memang tak minat melukis langsung. Tak tahulah macam mana saya boleh daftarkan paper Seni untuk STPM dulu. Dari Remy, saya belajar untuk asah kemahiran melukis. Rupa-rupanya saya memang ada bakat terpendam! Sekarang, saya dah jadi seorang shojo mangaka. Kerja saya sekarang, melukis. Lukis. Lukis. Lukis. Sampai lebam.

Setahun saya berkawan dengan Remy. Saya tak punya rasa apa-apa pada dia. Kalau ada pun, saya dapat sembunyikan. Saya tak ambil kisah. Kami berkawan saja. Lepas STPM, dia sambung belajar ke US. Sebelum terbang ke sana, dia confess rasa hati dia pada saya. Saya terima dia sebagai cinta pertama saya.

Saya tak pernah percaya dengan cinta jarak jauh. Tapi kami tetap dapat bertahan. Tiap-tiap minggu kami berutus emel. Tahun satu, setiap minggu. Tahun kedua, setiap bulan. Tahun ketiga, selang enam bulan sekali. Sampai tiga tahun. Sampai tu saja. Lepas tu, kami terputus hubungan. Macam tu saja. Tiga emel terakhir saya dia tak balas. Bagi saya, cukuplah tiga kali saya mencuba.

Saya tak akan percaya cinta jarak jauh lagi. Tapi untuk kali terakhir, sya kembalikan bola keranjang Remy. Pakai pos laju. Saya tulis pada bola tu: GAME OVER.

Evan. Saya terpaksa berhenti di sini dulu. Saya mahu siapkan kerja saya. Lagipun, bila saya ceritakan semula tentang Remy... saya rasa semacam. Saya tak sedar pun yang saya sebenarnya dah menangis. Tak apa. Ada tiga titik air mata aja. Tapi saya tak dapat teruskan lagi cerita saya. For now. Maaf.

Ada-chan~

3

From: evanosense@gmail.com

To: ada.ke.cinta@hotmail.com

Subject: Ada-chan!


Uish! 1.71 meter? Kau ni perempuan ke Katherine Hepburn? Tingginya kau! Mesti masa kacil dulu kau banyak makan roti atau makanan berasaskan gandum, betul? Aku pun macam tu juga. Masa budak-budak dulu, aku selalu minta mak buat bekal ke sekolah. Sandwich. Capati cicah gula. Burger. Roti canai kuah kari ayam. Kek. Jemput-jemput pisang. Cekodok taugeh. Mi goreng. Pizza. Spaghetti. Macam orang putih! Huhu.

Hasilnya, aku dah jadi macam gergasi! Aku yang paling tinggi/besar dalam keluarga aku, sebelah mak dan sebelah abah juga. Tinggi aku 180CM. Terlebih 9CM dari qualification kau . Aku berkelulusan tinggi, betul?

Kau nak yang fair-skin.... I’m in that department too. Aku putih! I don’t go out much. Lepak studio aja. Keluar awal-awal pagi, balik lewat-lewat malam. Tak jumpa matahari pun. Didn’t get much sun. Not much of a people’s person. Kerja, kerja, kerja. Macam tak ada life....

Eh, tak elok merungut.... And I’m revealing too much here. Huhu.

So, kau boleh bayangkan aku ni macam Edward Cullen dalam Twilight Saga tu. Okey, bukan putih. Pucat. To the point of almost transparent. Hampir-hampir macam Edward Cullen. Tapi aku bukan vampire. Aku makan apa yang mak aku masak, bukan darah manusia. Aku tak handsome macam dia la.

And I did not watch the movie. Please! Aku tengok trailer aja.

Kau nak lelaki yang stylo? Aku? Stylo? Not really. Don’t think so. But I do feel I’m sexy. Huhu.

Er, aku memang rabun. Tapi aku tak pakai cermin mata la. Aku guna contact lense. Am thinking of having a lasik treatment. Pakai contacts ni leceh la. Aku ada cermin mata juga. Tapi tak pernah pakai. Aku tak nak jadi nerd!

Kriteria yang e) tu aku tak tahu nak ulas macam mana bagi pihak aku. Aku tak tahu. Kalau kau ingat nanti, kau beritahu aku.

Eh, tunggu sekejap! Apa sebabnya aku nak promote diri aku pada kau? Aku bukan untuk dijual! Aku....

Entah. Aku saja-saja tulis. It felt weird though. Macam yang kau cakap, aku tak kenal kau, kau tak kenal aku. So, apa relevannya aku tulis semua ni untuk kau. Ada ke kau ambil kisah?

Ada-chan. You’re right. This will never work out. It’s too weird. Tapi kita masih boleh jadi kawan aja, betul? You’re right about that too.

So, apa yang kawan-kawan selalu buat? Kita kenal-kenal la. Kita lihat aja ke mana hala kita selepas tu, okey?

So, kalau kau tak keberatan, boleh kau cerita lebih lanjut tentang ex kau yang sebelum ni? Don’t tell me about the break-up. Tell me a love story. Your love story. Aku nak tahu. Huhu.

Kalau kau sudi bercerita, aku pun ada satu cerita untuk kau. Cerita rahsia aku. Tapi kau mesti cerita yang kau punya dulu. Just to keep the ball rolling.

Hit me back. Ciao!

Evan

2

From: ada.ke.cinta@hotmail.com

To: evanosense@gmail.com

Subject: RE: Allo & salam!!!!


Hi Evan,

Sebenarnya saya tak mahu tulis balasan ni dan saya tak mahu pun terlibat dengan projek tak munasabah ibu. Saya banyak kerja. Nak kejar dateline untuk artwork yang dah jadi deadline. Nak fikir story baru. Nak fikir banyak benda lagi selain kahwin. Bagi saya, kerja saya sekarang lagi penting. Saya malas nak fikir benda lain. Tapi sekarang ni, ibu sedang tunggu. Dia duduk di katil, perhatikan saya menulis untuk awak. Saya tak dapat buat kerja saya kalau ibu ada. Ibu tak mahu keluar selagi saya tak kirim e-mel ni. Makanya:

Nama: Fatin Adawiyah Suleiman, boleh panggil saya Ada

Umur: 29, birth date 1 Mac

Profesion: Pelukis komik/shojo mangaka

Dan maaf, saya memang pandai masak. Makanya tak payah awak nak tolak markah saya. Sila cari alasan lain untuk disqualification awak tu.

Saya tak tahu nak tulis apa lagi. Ibu suruh tulis panjang-panjang lagi. Ai~

Saya tak tahu sampai bila kita, yakni saya dan awak, akan ikut main paksa-paksa ni. Ibu kata dia beri masa dalam enam bulan untuk kita saling kenal hati budi masing-masing. Satu lagi deadline bagi saya, huh? Tarikh ajal. Dan biological clock saya terus tick tock tick tock. Ibu suruh kahwin cepat-cepat. Kahwin dengan awak, dipaksa-paksa.

Tak tahulah kalau saya patut beritahu awak ini, tapi saya baru break-up dengan seseorang. I was in a relationship. Saya dan dia dah kenal sangat lama. Enam tahun. I was in love. Tapi tak kesampaian nampaknya. Sebelum tu pun saya pernah bercinta, dengan seseorang yang lain pula. Empat tahun. Tak ke mana juga.

Makanya, mungkin sebab tu ibu buat begini. Ibu mahu saya settle down. Lama-lama bercinta pun tak guna. Tak jadi apa pun. Nah, kenal dengan awak dalam enam bulan ni, tak payah bertunang, terus kahwin.

Saya mahu tanya awak satu soalan. Betul ke awak tak pernah jatuh cinta? Awak tak pernah suka mana-mana perempuan? Tak kan tak ada perempuan minat awak? Awak pun kata yang awak jadi single by choice. Mungkin kerana terlalu ramai aweks yang awak suka atau terlalu ramai aweks yang suka awak dan awak tak tahu nak pilih yang mana satu?

Betul ke awak ni normal? Cuba awak check. Gurau aja! Tak lawak pun. Ai~

Awak kata yang saya single by preference? Tepat sekali! I prefer to be single right now. Biarkan saya begini. Saya bahagia sendiri.

Maaf. Melankolik sekejap. Ai~

Saya tak tahu macam mana saya boleh tulis semua ni kepada awak, Evan. Saya rasa saya boleh percayakan awak. Saya tak kenal awak. Awak pun tak kenal saya. Dan kerana tu, senang saya mahu cakap apa saja. Maksudnya saya tak payah malu-malu. Saya dah tak tahu apa yang saya cuba tulis ni. Ai~

Dan saya tak rasa yang projek gila ibu ni akan mendatangkan hasil. Mungkin tak sampai ke jinjang pelamin. Awak pun tak mungkin mahu saya jadi teman hidup awak. Awak ada hidup sendiri. Saya dengan dunia saya juga. It can never work out, huh?

No strings attached. Tapi kita masih boleh jadi kawan, huh? Saya tak kenal awak. Awak tak kenal saya. Dan di situlah wujudnya persamaan kita. Macam awak kata, let’s just play along.

Awak ada Perempuanku. Saya ada My Superman. Kriteria-kriterianya adalah seperti berikut:

a) fair-skin.

b) lebih tinggi dari saya, saya 1.71m, even when I’m wearing heels.

c) pakai spectacles, tapi jarang-jarang.

d) Stylo.

e) ...tak ingat. Nanti saya beritahu. Kalau ingat. Ai~

Let’s just hope that you are not up to the par. Ai~ awak pun bukannya nak kahwin dengan saya, huh?

Bukan perempuanmu,

Ada-chan~

1

From: evanosense@gmail.com

To: ada.ke.cinta@hotmail.com

Subject: Allo & salam!!!!


Salam,

Can you believe this – my parents wants me to marry you? And your parents want you to marry me! Can you believe it? Zaman sekarang ni ada lagi ke arranged marriages? Hanya sebab aku tak punya girlfriend lagi... okey, tak pernah pun ada girlfriend, mak syak aku tak normal dan abah pula kata aku tak ada nafsu! Aku lelaki yang jantan la! Hanya sebab cousin aku yang lain dah ada couple/tunang/kahwin/beranak-pinak, lesen single aku harus dirampas dan dibekukan! Adoi! Lantak dia orang la nak couple/tunang/kahwin/beranak-pinak.... Rezeki masing-masing la, mak, abah! Jodoh pun lain-lain. Kenapa aku mesti ikut sama? Rezeki aku mungkin kat tempat lain. Jodoh aku belum tentu dengan kau. So, kenapa gamaknya mak dengan abah nak jodohkan aku dengan kau? Bila aku tanya, abah kata ibu kau dulu childhood bestfriend dia. Kononnya dia orang pernah couple masa tadika dulu. Kononnya lagi dia orang pernah berjanji, kalau abah aku tak dapat kahwin dengan ibu kau, biar jodoh tu lanjut kepada anak-anak. Maksudnya, turun kepada aku dan kau. Elok la sangat.... Aku anak tunggal. Kau pun anak tunggal. Aku single. Kau pun single. Macam dah berjanji sangat.

But can you believe it? Aku nak disuruh kahwin dengan kau? Aku tak kenal kau! Kau pun tak pernah tahu fasal aku.

Okey, sorry.... Aku minta maaf. Of all the outburst just now. Aku malas nak padam apa yang aku tulis. Biar jujur. Aku pun tahu yang kau tak terkejut dengan apa yang aku tulis. I think you would feel the same too. Siapa yang suka dipaksa-paksa, betul? Ini soal hidup. Aku ada hidup sendiri. Kau ada dunia kau sendiri. Ini soal perasaan. Aku single by choice. Kau pun mesti ada preference sendiri.

Lalu, yang mengikat kita ini apa? Janji atau cinta?

Ceh, macam dalam novel pula....

Aku tak tahu nak buat apa lagi. Mak dengan abah suruh aku kenal-kenal dengan kau dulu. Dia orang bagi aku e-mel kau. Nombor telefon pun ada. Tapi aku pilih e-mel sebab aku rasa lebih selesa. Tak kan la aku nak telefon kau dan kata, ‘Hello, kau siapa? Abah aku suruh aku kahwin dengan kau. Will you marry me?

Can you accept such absurdity?

So, sekarang ni... abah kata aku dalam trial version. Aku mesti kenal-kenal dengan kau. Ibu kau pun mesti dah beritahu kau, betul? Kau pun dipaksa. Terms and conditions apply.

Okey, nama aku Syed Evan Reza bin Syed Alwi. Panggil aku Evan. Leave out the Syed and forget about the Reza. Umur aku akan naik angka 29 bulan September nanti. Birthday aku 9 September, okey? I’m an interior designer by day and a masked vigilante by night. Okey, aku gurau! Tapi aku memang suka Batman. Aku suka Chelsea. Macam mana rupa aku? Kau mangaka, betul? Kau guna aja imaginasi kau tu. Fantasise me! Tapi jangan lebih-lebih. Nanti kau juga yang kecewa. Aku tak handsome sangat la. Tak macam hero dalam shojo kau tu.

Tak kisah la.... Belum tentu kita akan betul-betul kahwin. Trial version ni ada expiry date. Abah cakap, kita kenal-kenal aja dulu. Kalau sesuai, kita (dipaksa) kahwin. Kalau jodoh kita lain-lain, itu lain ceritanya.

Tapi abah mengharap sangat.

So, let’s just play along, for the time being.

Okey, sambung sikit lagi tentang diri aku. Aku suka milo ais. Dan nasi ayam bahagian kepak. Dan kerang bakar. Dan mee goreng mamak. Dan cheesecake. Dan cheese naan. Basically, aku memang kuat makan. Dan aku masih tinggal dengan parents. Mak aku pandai masak. Aku suka makan. Tapi aku tak gemuk, okey?

Harap-harap kau tak pandai masak. At least aku ada sebab kukuh untuk tolak satu markah dari borang penilaian Perempuanku.

Ala, kau pun bukannya nak kahwin dengan aku, betul?

Sekarang giliran kau pula, okey? Write back to me. Aku tunggu tanpa mengharap sangat. Ciao!

Evan